Tuesday, 1 May 2012

Meyelamatkan Nyawa Arissa

Hai semua. Hari ini saya baru saja menyelamatkan nyawa Arissa. Dia hampir lemas di kolam renang saudara saya. Masa tu saya sedang berbual dengan Afiq, lepas tu saya ternampak ada budak macam lemas. Saya ternampak macam kasut Arissa sedang terapung. Saya pun terus terjun ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan Arissa. Saya membawa Arissa ke atas. Arissa menangis sampai tak keluar suara langsung. PSP dan handphone saya habis tak dapat buka. Inilah hari yang takkan saya lupakan....

8 comments:

Aziela said...

As Salam Amirul...

Auntie dah dengar cerita tentang Amirul selamatkan Arissa. Bravo to you. Tahniah kerana mempunyai sifat dan sikap yang sangat murni. Sedar atau pun tidak, Amirul adalah seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Keep it up. Auntie dah ceritakan pada my son, Adam. Adam sama usia dengan Afiq. Auntie harap Adam dapat ikut jejak langkah Amirul yang sangat terpuji tu.



And because of that, Amirul deserve a happy life. A very Happy Belated Birthday to you, ok... Enjoy your life. Sebenarnya mempunyai ahli keluarga yang sempurna adalah hadiah yang paling bernilai dalam hidup kita. Jagalah 'hadiah' itu baik-baik yer...

Rai said...

tahniah dik..pengorbanan yang besar tu..

lain kali kalau handphone atau psp masuk air jgn on dulu..bagi kering..aritu psp suami akak pun basah..anak anak celup dalam air soya..dia buka dan lap kering kering. sekarang boleh guna dah..

kkida @ 1001resepi said...

amirul seorang yang berani dan tidak mementingkan diri sendiri...mujur amirul ternampak arissa lemas...jasa amirul itu tak mungkin boleh di balas dengan apa sekali pun...auntie amat bangga dengan sikap amirul...:)

Rahmah Ram Ram said...

Terima Kasih kkida@1001 resepi, @Rai dan @Aziela kerana sudi meninggalkan komen di dalam blog anak saya yang tak seberapa ini...beliau mengekspresikan rasa yang cukup-cukup terharu di atas semua komen-komen anda semua ...Terima kasih bagi pihak beliau di mana beliau tak dapat nak menapdet blog beliau oleh kerana tiada kesempatan kerana mempunyai banyak kerja sekolah dan aktivit kokorikulum buat masa ini. terima kasih sekali lagi.

Ezza Muffinbiru said...

Aunty bangga dengan Amirul...
Sangat berani walau pun masih kecil..

secangkir madu merah said...

Alhamdulillah semua selamat.. semoga peristiwa itu blh dijadikan iktibar..

Unknown said...

Bestnya dapat abang macam Amirul. Budi baik dikenang juga. Harap Arissa dapat baca blog ni bila dah besar supaya dia dapat baca komen2 dalam blog ni yang menghargai pengorbanan Amirul.

Good Job Amirul!

Anonymous said...

Syukur ke hadrat illahi.jadi lah seorang anak yang berguna di masa hadapan.